Webinar Perancangan Kewangan
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2026, seorang usahawan telah mengikuti Webinar Perancangan Kewangan yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Usahawan tersebut mengikuti webinar ini dari NADI Sungai Bandung. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan perancangan kewangan dalam pengurusan perniagaan.
Sepanjang sesi webinar, peserta didedahkan kepada topik berkaitan model perniagaan, strategi produk dan pelanggan serta kaedah memantau prestasi perniagaan. Penceramah menerangkan kepentingan perancangan kewangan yang sistematik bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan melalui contoh-contoh yang praktikal dan mudah difahami.
Selain itu, peserta turut terlibat dalam sesi soal jawab ringkas bagi membincangkan isu serta cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan perniagaan. Program ini diharap dapat membantu peserta merancang kewangan dengan lebih berkesan serta meningkatkan daya saing perniagaan yang diusahakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: